09 January, 2022

2022

Dah lama tak buka blog ini..
Hampir 4 tahun..
Tahun 2022 sudah..
Azam tahun ini still sama macam sebelum-belum ini..
Mesti azam nak turun kan berat badan..
Doakan ika berjaya untuk kali ini.. 

Tahun 2021 tahun paling mencabar.
Kehilangan atok tersayang pada 24.12.2021..
Atok meninggal 7.55 pagi tapi ika dapat tahu pukul 12 tengah hari.. itu pun abang iwan yang datang departmnt kat tempat keje kalau x memang x tahu..
Pukul 1.40 gerak dari rumah balik kg..
Anggaran dalam pukul 10 malam sampai tapi disebablan jem teruk kita orang sampai pukul 12.30 tengah malam..
 
Dari bulan 10 hingga bulan 12 ika blik kampung setiap bulan.. bulan 10 balik dengan mak, abg iwan dan ika je.. masa itu dapat berita atok dah masuk hospital sebab demam yang teruk.. 
Bulan 11 satu keluarga balik kampung.. masa ini atok dah kuar hospital dah.. rezeki atok dia dapat jumpa cucu cicit dia dari anak sulung hingga anak bongsu ye..
Bulan 12 balik cuma 5 lima orang je.. mak, abg iwan, abg ejai, ika dan adik yang bongsu.. kali ini pergi rumah baru tok.. ika x dapat jumpa untuk kali terakhir.. 
Dekat seminggu ika termenung bila buat keje kadang2 mengalir air mata bila teringat kat atok.. badan pun jadi lemah dan letih..
Thank to my bestfriend sentiasa bagi semangat untuk kuat dan sentiasa ada disisi... Sebelum-belum ini kalau ika kehilangan orang tersayang.. hampir berbulan-bulan baru nak kuat dan pulih.. 

12 July, 2017

SELAMAT HARI RAYA

ASSALAMMUAIKUM,, 
rasa ye tak lambat lagi ika nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua..
alhamdulillah.. tahun ini dapat lagi merasa suasan sambutan hari raya..

dalam kegembiraan terselit satu rasa sedih..
tak cukup ahli keluarga. selalu ye ada semua adik beradik di pagi raya..
bulan puasa lagi banyak kenangan yang di ingat..
pasang pelita pasang langsir selalu dia yang buat..
tahun ini dah orang lain yang buat.. 
suasana sangat lain..
perasaan rindu kakak dekat adik tak pernah hilang..
even setiap bulan kita jumpa..

tahun ini raya biasa-biasa je.
tidak semeriah sebelum-belum ini..










my family..

10 May, 2017

SAKIT

sakit..
ye alhamdulillah
akhirnya kaki dah hilang sakit.
tak tahu apa punca tiba-tiba sakit
sampai nak buat menampak pun sakit
rasa nak menangis je rasa masa tu
bangunan pagi pun susah sangat berbisa kaki ye..
 badan pun lemah
nak solat pun sampai menangis menahan sakit
dugaan sungguh minggu lepas
lepas baca selawat dengan ayat kursi berkurang sikit sakitnya dan surut bengkak ye..

 

23 March, 2017

MAC 2017

dah lama rasa ye tak update blog..
kali ini pasal bulan mac
tak sampai akhir bulan dah macam-macam berlaku kat ika..

rasa hehilangan orang yang tersayang.
13/3/2017 kehilangan pakcik..
abang emak. sayu rasa ye..
semoga roh ye aman di sana. 
al-fatihah

15/3/2017 jauh dari adik..
rasanya ika gagal jadi seorang kakak yang untuk bimbang adik ye.
in sya allah setiap bulan kita orang akan datang..
kuat kan iman dan hati untuk berubah dik..
sayu rasa hati ini bila tengok tempat ko tidur tak ada ko dik.
aku marah kau dik sebab nak kau berubah menjadi lebih baik.
aku sayang ko dik.
aku ingat lagi masa aku tahun 6. ko pra tadika.
mak hantar ke sekolah awal.
 aku yang hantar ko sekolah dalam pukul 7.30 sebelum aku start belajar nasib baik tadika ko dengan sekolah dekat..  
nasib baik la kita orang sempat sambut buday ko dik dengan mak 11/3/2017.
 semoga apa yang terjadi dekat kau, kau jadikan teladan, pengajaran dan pengalaman untuk kau berubah dik.. hari-hari mak menangis bila ingat dekat kau dik.
in sya allah kau berubah.. 

27/3/2017 atok kena operation.
25/3/2017 atok masuk wad. cik imah bagi tahu luruh hati ika.
dah la jauh dikedah. ika kat batu pahat. jarak ye berkilometer. 
niat dihati memang nak pergi tengok tapi dengan apa yang terjadi dekat keluarga 
memang keadaan tidak membenarkan.
ika hanya mampu doakan atok selamat dari operation tu.

dugaan dan cubaan yang berlaku.
in sya allah ika dan family akan kuat untuk hadapi. 

that all for this entire..
thank you..

16 January, 2017

DUGAAN

dalam kehidupan kita bukan mudah nak harungi dugaan dan rintangan.
dalam kehidupan juga ada senang dan gembira.
in sya allah dalam kesusahan dan penderiataan in sya allah akan muncul kebahagian dan kegembiraan.
semoga kita satu family dapat tempuh dugaan ini..
semoga ini mengaji pengajaran buat diri kita semua..


teruskan hidup ini walau banyak dugaan yang mendatang..
in sya allah akan ada kebahagian..
semoga menjadi iktibar buat mu adik..
ingat jadikan benda yang dialami sebagai satu pengajaran dan pendoman dalam melalukan sesuatu untuk masa akan datang..
ingat selalu..
lepas ini ambil itu sebagai iktibar dalam hidup kamu. harap kamu menjadi lebih baik dari sekarang.
jangan mudah putus asa.
jika ada yang mencaci kamu abaikan saja.. jadikan ianya satu semangat buat kamu dik..

JGN MUDAH MENGALAH

11 January, 2017

gunung pulai




 hiking di gunung pulai.
 ada dua jalan.
satu hutan pelajaran dan satu lagi jalan tar.
masa naik lalu hutan pelajaran.
nak turun lalu jalan tar.









03 October, 2016

MASA DISINI

sekarang perasaan ini kosong..
orang nak mengata ke nak mengumpat cakap la..
dah tak kesah..
perasaan ini tersangat kosong..
bila bangun tidur set minda untuk pergi kerja nak cari rezeki yang halal.
nak tolong mak. dah tak fikir apa..

balik kerja.. kalau rajin pergi gym kalau tak duduk rumah je..
yess ika masih ada dikampung tak pergi mana-mana..
mungkin belum ada rezeki untuk kerja di tempat lain..

sekarang tengah sibuk pasal persiapan kahwin kakak imah..
kak imah dah nak kahwin bulan 11 ini..
dan ayein nak tunang..
lepas ini dengar la orang tanya ika ini bila lagi..
adik dah tunang akak ye bila lagi..
haha
tu pasti akan menjadi persolanan ye..
dan mesti ada yang cakap mesti memilih sangat.

untuk jawapan tu semua adalah BELUM ADA CALON YANG SESUAI
yess,, sekarang kawan lelaki yang rapat pun tak ada.
 

13 March, 2016

FEBRUARI 2016

alhamdulillah bulan februari memberi banyak kenangan yang terindah dalam hidup.
akhirnya setelah 12 tahun akhirnya aku jejaki kaki kat rumah atok di kedah. rasa bersyukur sangat-sangat kerana kami sekeluarga dapat berjumpa sanak saudara belah ayah. sebenarnya arwah ayah ika mempunyai 9 adik beradik teermasuk ayah. arwah ayah merupakan anak sulung dan tinggal di johor. lepas berkahwin dengan mak arwah ayah menetap di johor.
disebabkan itu arwah ayah selalu balik time raya. ika dan adik beradik yang lain tak ikut sebab masa tu kita orang mengalami masalah kewangan. kalau ayah balik cuma naik bas.

tapi kita orang tak pernah putus hubungan setelah kematian ayah. kita orang kadang-kadang sms atau call tu dulu la sekarang kan dah canggih dah ada whatsapp, wechat, telegram dan lain-lain.
panjang pulak intro kali ini.


pada 4/2/2016 dalam pukul 9.00 malam ika dan family gerak nak pergi pulau pinang. kami gerak dua kereta satu axia satu alza. kete alza kete sewa. biasa la family ramai. kali ini ika pergi satu family tak ada yang tinggal. dalam pukul 5.30 pagi kita orang sampai rumah cik imah dekat penang. rumah dekat pekan dua. hehe ini merupakan kejutan kami untuk keluarga disana. memang terkejut cik imah dan family mana tak ye. tiba-tiba je kami ada depan pintu rumah ye.

jumaat pagi kita orang pergi jalan-jalan dekat penang. pergi pasaraya baju, shawls dan macam-macam boleh tahan murah. lepas tu pergi kedai bahan-bahan kek. mmg banyak pilihan semua ada yang nak dicai harga pun berpatutan pulak tu. lepas tu pergi cari jeruk pak ali. apa lagi makan la jeruk beli tak banyak pun. hehe..

petang tu bergerak pergi kedah pulak. kedah kat sik. lupa pulak tempat mak tam. anak mak tam yang last yang kahwin. memang meriah. dia orang pun terkejut time kita orang sampai. ika sampai lepas maghrib ika gerak dengan angah ika lambat sikit ika naik kereta lain masas gerak. malam macam biasa la rewang hehe. ramai jugak yang tanya ini imah ke ika?? hehe almaklumla muka lebih kurang.

happy sangat sebab dapat jumpa family sebelah ayah. dah bertahun tak berjumpa.
hari sabtu majlis ye. kami satu family bertema kan purple.
tema majlis dia orang warana koko.

lepas habis majlis kita orang planning nak pergi mandi air terjun.
kita orang sampai tempat air terjun yang atas sekali tapi tak dapat mandi air deras sangat.
yang penting dapat amek gamba. air ye memang sejuk.
tak best la kan dah pergi tapi tak dapat mandi :( :( sedih kot.

disebabkan tak dapat mandi kita orang balik rumah atok awal.
apalagi turun sawah la sampai maghrib.
main dekat bendang yang paling banyak buat selfie la.. hehe
lepas puas bermain tolong masak pulak untuk makan malam.
keluarga mak andak ajak pi mandi air panas tapi tak pi sebab kepenatan.

hari ahad pi rumah cik jimi makan tengah hari kat sana.
pergi jalan kaki je sebab rumah ye dekat dengan rumah atok.
kat rumah cik jimi macam2 kami makan.
antara ye ketupat palas, lemang macam hari raya pulak tapi mmg sedap dapat makan panas2.

lepas tu pergi rumah mak teh pulak dekat gurun.
kat rumah mak teh makan jugak.
mak teh masak telur itik masak lemak.
first time makan telur masin masak lemah sedap sangat.

kat rumah mak teh kak nurul ada sebab datang nak amek mak teh.
lepas balik rumah mak teh pergi tasik pulak.
tepi tasik tu mmg cantik sangat.
macam dia orang.. mmg cantik la tempat ye..
even ramai tapi ada banyak tempat untuk berehat.

malam pulak kita gerak pergi rumah mak lang.
ari isnin abg irul buat majlis.
jalan nak pergi rumah mak lang pas-pas untuk satu kereta je.
kalau selisih mmg x boleh la.
silap hari bulan boleh jatuh.
rumah mak lang dekat bukit. jauh masuk kedalam.
kalau naik motor best la.. hehe

lepas habis majlis kita orang gerak pi penang.
ikut malam itu kita orang gerak balik johor tapi disebabkan nak pergi ronda2 kat penang
kita orang gerak selasa petang.
malam itu ingat nak naik feri tapi feri ada pukul 11 malam.
so kita orang naik highways jela.

kita orang pergi kota lama. sampai pukul 1 pagi.
sampai rumah dalam pukul 2 pagi..
kepenatan sangat la. tak berhenti2 berjalan..

keesokkan ye pagi2 yang perempuan apa lagi pergi jalan2 la.
sampai kepetang jugak la.
ika naik motor dengan along.
mmg lenjan la.
pengalaman kena kerja anjing time lalu short cut..
haha takut gila masa tu anjing ye hitam garang pulak tu..
apa lagi terus pecut la.
sebab dah takut sangat kena gigit.
dah penat berjalan kami lepak dekat pantai sampai pukul 4.

kami gerak balik dalam pukul 6 lepas solat asar dan makan kita orang gerak balik.
tapi tak terus balik rumah kita orang pergi port diskon tapi sampai dalam pukul 4.30 pagi.
memang tak nampak apa2 la kalao nak mandi.
dalam pukul 5.30 kita orang gerak pergi klebang.
dalam pukul 6.30 sampai tepi pantai klebang.
apa lagi ronda2 dekat melaka la lepas tu.
sampai rumah dekat pukul 3.
penat sangat2 tapi kenangan bersama yang susah nak dapat 

28 October, 2015

konvokesyen

alhamdulillah ika akhirnya dah graduat dengan jaya ye.. dengan ini di istiharkan norhatika binti ismail telah tamat pengajian diploma dalam bidang diploma kejuruteraan awam kelas kedua..
terima kasih mak kerana sudi datang ke majlis konvo..



akhirnya ika berjaya menamatkan diploma dengan berjaya. alhamdulillah segala ye berjalan dengan lancar. in sya allah ika akan future study. kalau keadaan mengizinkan ika akan sambung degree.





tahniah juag buat kawan-kawan yang sama-sama dengan ika sepanjang di uthm..
even ada je masalah, konflikasi tapi kita dapat tempuh dengan berjaya.. semoga korang berjaya di masa hadapan.




tahniah juga buat awek-awek ini yang selalu bagi aku semangat bila ada tension atau tak ada semangat nak study thanks you very much.. apa-apa pun jangan mudah mengalah atau putus asa dengan apa yang terjadi atau akan terjadi. semoga berjaya menepuh alam degree ye awek-awek ku.

29 August, 2015

PERKENALAN YANG SEMENTARA

mungkin perkenalan kitta cuma sementara tapi ika cuma nak ucapkan terima kasih kerana pernah hadir dakam hidup ika. ika berharap awak akan bahagia dengan pasangan awak yang baru. mungkin kita patut berkawan sahaja dari bercinta..

ika memang sometime susah nak faham orang yang fikirsn ye tak terbuka. bagi ika kita hendakhlah berfikiran terbuka untuk semua perkara. ika berharap orang yang akan hadir dalam hidup ika akan memahami ika dalam seua perkara, som tapi ika sometime ika sendiri susah nak fahami diri sendiri. tapi kita senang nak faham orang lain.

perkenalan yang sementara dengan awak banyak benda awak kena mengalah sebab ika keras kepala, ego tinggi dan macam-macam lagi. ika memang macam itu kalau dah marah apa-apa pun akan terkeluar dari mulut.

sori banyak sebab kenap perkenalan kita juga sementara. harap kita dapat berkawan.. semoga bahagia dengan bakal pasangan awak..
thanks for everything 
 

norhatikaismail Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang