Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika
dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan
mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya
mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais
Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas
kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi
majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib
iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak
sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah
akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang
juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat
islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi
wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga
, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja
aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib
kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam
hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota
badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis
nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana
Allah Taala”.
Niat itu jika
dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh
salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh
anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu
juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun
mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut
Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis
itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan
mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun
mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir ,
meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang
atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam
lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,
jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan
khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg
diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut
seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu
tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain
inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah
yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang
begitu mudah.
Yang menyebabkan
mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana
pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini
berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna
pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal
ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan
sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah
bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza.
Dalam hal ini juga,
sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah
saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi,
ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang
itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri
daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana
bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3
sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid,
nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh
dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip,
sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka
tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat.
Selepas bersetubuh
pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib,
seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1. Agar wajah
selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air
wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu
ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk
menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan
solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada
Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab,
agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin
Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka
perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya
bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti
hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh
langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan
Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk
mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak
dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah
dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi
yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul
Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai
pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai
tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan
memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar
kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2
Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2
Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam
kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara
kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan
pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin
‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ”
FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.
“Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa’at kepada manusia lain…