24 December, 2013

lirik lagu rindukanlah

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu.

nadhirah dab fiena

entri kali ni ika nak crita pasal nad dan fiena..
ika nak ucpkan terima kasih sebab sudi datang jumpa ika kat batu pahat.
rasa kenangan masa pra dip berputik kembali apabila kita jumpa.
yang paling best kita orang boleh pakai tudung warna merah.
itu yang tak sangka.
23.12.2013 baru semalam je kita orang jumpa.
sangat best dan happy bila dapat jumpa korang.

sebenarnya ika ingat nad dan fiena tak jadi datang taw.
ika buat tak tahu je la.
pagi itu ika langsung tak tengok phone pun.
tapi lepas siap basuh kain dan kemas rumah dalam pukul 11
ika baru tgk phone.
masa itu kalam kabut..makne x ye dia sms diaorang dah kt yong peng..
terkejut sangat maa itu..

btw sangat best semalam..
ingtkan nak tengok movie tapi x ada cerita best.
kita orang cuma pusing-[using bp mall sahaja..

lepas 2 pusing2 kat uthm..
lepas itu pergi makn abc kat cendol ej.
sedap sangat..

dalam pukul 4.15dia orang bergerak balik segamat..
rasa sangat sekejap je dapat jumpa dia orang..
tapi dapat lepaskan rindu kat diaorang..

23 December, 2013

keseorangan

setiap kali buka blog, ika jadi x ada idea untuk menaip.
tapi kali ini ika cuma nak bagi tahu. ika sekarang dah dekat dengan final exam..
minggu ni study week.
ika balim rumah sekejap je sebab dah lama tak balik rumah.
 dekat 3 minggu tak balik rumah,,
ini pun lepas final baru balik rumah.

sebenarnya hati ika sangat sunyi sebab entah la.
rasa hilang arah tuju sekarang.
 ada sahaja masalh yang menimpa dri ika,
tapi ka harungi dengan sabar.
walaupun pahit dan sukar tapi tetap jugak ika tmpuh sebab ika tak akan ptus asa.

biarpun kaan-kawan ada tapi ika tak boleh nak luahkan perasaan ika kat sapa-sapa..
bagi ika terlalu peribadi untuk ika cerita kat kawan-kawan.
jalan penyelesaian ye ika pendam je..

04 October, 2013

bintang hatiku de meises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

sweet sangat lagu ini.. kalo ada orang yang bersifat macam ini kan best.. happy sangat apabila layan lagu ini..haha

25 September, 2013

Happu

Okey malam ini ika akan pergi ke klia untuk pergi sabah.
First time nak naik kapal terbang.
Takut pun ada ni..
Tapi gembira dan excited pun ada jgk hehe..
Terima kasih kepada pengarah program yg membawa kami ahli ajk ye ke sabah.

17 September, 2013

sakit perut

sudah masuk hari ke tiga ika sakit perut..
sebab akak suruh sapu kirim d'herba kat perut..
memang sangat sakit..
tapi yang paling pelik adik dan mak ika pun sapu jugak.
tapi mereka tak apa-apa..
sakit sangat-sangat.
sampai terduduk-duduk menahan sakit.

tapi ika tetap kena sabar..
ini hanya dugaan yang kecil saja

seminggu berlalu

alhamdulillah akhirnya sudah seminggu ika start belajar..
minggu pertama mahu start belajar macam-macam ragam ada..
ada yang bising dan nak balik cepat..

tapi bagi ika dan kawan-kawan ika sangat penat kita orang perlu pergi perjabat hal ehwal pelajar selama seminggu.
setelah habis waktu kelas kita orang terus je pergi dan sampai office hour close..
kita orang kena settlekan kewangan untuk program selangkah ke borneo mentranromasi pelajar..
urusan ye sangat rumit..

tapi amat berbaloi setelah semua ye selesai..

BELAJAR !!! BELAJAR !!! BELAJAR !!!

Akan bermula lagi sekali detik untuk belajar kerana sudah 3 bulan cuti harap-harap otak tak beku la untuk menghafal apa-apa selepas ini. Hari isnin akan bermula detik proses pembelajaran dan akan bermula sem baru dan tahun baru.

Ika akan menjadi pelajar tahun dua. Dalam diam tak diam sudah  setahun ika belajar. Tinggal setahun setengah je lagi nak habis. Harap-harap ika tak terkencundang di tengah jalan la.


Tapi tak pea la ika akan buat yang terhabis baik untuk masa akan datang.
Sebelum ini ada je halangan ye tapi akan datang tak tahu lagi la kan.
Tapi short sem amat sedih buat ika kerana kehilangan seorang nenek tersayang dan pada masa itu dah nak final exam. Memang perit masa itu.

Tapi ika cuba untuk hilangkan serabut tapi tak boleh. Ika akan menangis. Masa nak finak exam air mata tak henti turun tak kala teringat peristiwa itu. Makna tak ye nenek ika kejutkan ika bangun tidur masa itu, dia pegang dada ika suruh dia baring kat tempat ika tidur dalam pukul 2 pagi. Masa itu ika tidur kat luar bilik. Lpas itu, ika panggil mak. Ika ingatkan nenek masa itu macam selalu la tapi tak sangka. Mak kejutkan abg wan untuk hantar nenek.masa itu ika yang ikut pergi hospital gan mak. Ika kat belakang dengan nenek. Dalam perjalanan nak ke hospital nenek dah taka da tapi mak tekad nak jugak bawa ke hospital. Masa itu hanya tuhan je yang tahu betapa pedih dan sakit ye.. tapi sampa kat hospital doktar cakap nenek Cuma pengsan tapi ika tahu. Ika tahu serba sikit untuk periksa la. Memang dah taka da nafas lagi. Tapi doctor buat sehabis baik untuk selamatkan nenek. Nenek kena kejutan elektrik dekat dua kali. Dalam pukul 3 lebih doctor cakap nenek dah setabil. Tapi ika jaga bergilir-gilir dengan mak dan mak ngah. Sampai ke petang keadaan ye masih lagi sama dalam pukul 12 lebih ika baru balik. Balik Cuma nak bersihkan badan. Tapi ika balik sekejap je lepas je sembahyang ika gan adik-adik yang lain datang lagi ke hospital. Sampai je ika tengok keadaan ye masih lagi sama. Ika dengan akak ika baca surah yassin tapi untuk kali kedua baru separuh nenek terus tiada lagi. Masa itu hanya tuhan yang tahu betapa luntuh ye hati ini..

Ika akan jadikan apa-apa masalah dan rintangan sebagai semangat supaya tak mudah putus asa.

100 hari

Malam raya pertama adalah adalah malam ke 100 nenek meninggal dunia.
Ika dan adik-beradik bacakan surah yassin malam itu..
Sebenarnya masa raya tahun 2008 malam ke 100 ayah ika malam raya.
Kalau di ingat-ingatkan ika rasa sedih sekali masa itu sebab ika balik rumah malam itu agak lambat sebab berbuka puasa kat rumah buyut.
Masa itu buyut tinggal seorang. Lepas ika dengan kakak ika balik. Ada sedara ika yang dating untuk ambil buyut pergi rumah dia.
Ika harap nenek tenteram di sana sebab kami akan selalu doakan nenek.


selamat hari raya

Alhamdulilah dah sebulan kita semua brpuasa di dalam bulan ramadhan dan kita berjumpa dengan bulan syawal yang penuh dengan syadu.
Tahun ini ika sekeluarga buat baju yang sama untuk perempuan je. Abang-abang ika tak nak baju yang sama. Ika nak ucapkan selamat hari raya buat keluarga, sahabat-sahabat, dan kenalan yanh mengenal diri ini. Ika rasa tahun ini rasa ika tak lah semeriah seelum ini. Tahun ini ika sambut hari raya  tanp seorang nenek yang tersayang. Ika dapat merasa kehilangan seorang nenek. 
Raya tahun ini ika rasa sangat gembira walaupun ada rasa sedih yang menyelubungi perasaan ini tapi rasa gembira dalam hati masih ada.  Raya tahun ini tak ramai yang datang rumah ika. Tapi ika tak kesah pun. Ika pun malas nak pergi beraya mana-mana. Ika Cuma pergi ikut beraya orang kampung dan ikut keluarga. Ika pergi rumah sedara mara  yang dekat dengan rumah.
Sebenarnya ika masih ada seorang buyut. Buyut sebelah arwah atuk ( abah). Ika panggil atuk ika dengan gelaran abah . gelaran tersebut masih kekal buat kita orang. Buyut ika dah berusia dalam 100 tahun kot.hehe

Ika tak pergi jauh-jauh pun beraya tahun sebab mood nak keluar rumah tak ada. Mood hilang entah macam mana ika pun tak tahu.

03 August, 2013

ramadan

sudah lama tak update blog.. semasa bulan ini tika agar sibukk sikit sebab tolong mak buat tempahan raya..
tahun ini alhamdulillah dapat banyak tempahan sampai tak menang tangan nak buat.

tahun ini tika menyambut puasa tanpa seorang nenek yang tersayang..
sejak kehilangan nenek tersayang banyak perkara yang terlah berlaku tapi alhamdulillah dapat tika sekeluarga tangani..

tapi dalam minggu ini tika tak beberapa sihat sikit sakit kepala campur sakit tekak sampai suara pun dah hilang. nak menjerit pun x boleh..

tika harap ramdan kali dapat membari makna dalam kehidupan tika.
tika hargai apa yang sedang berlaku di persekitaran tika.
walaupun banyak rintangan dan dugaan tapi tika mesti harungi nya.

tuhan maha tahu kemampuan yang ada pada setiap hamba nya..

22 May, 2013

final exam

minggu ini tika final exam..
masuk hari adalah hari kedua dah final..
hari exam statik dan dinamik
soalan ye sangat susah..
rasa  nak menangis je masa jawap exam
tapi tahan air mata itu..
malu takut lecture nampak
hehe

short sem memang sangat sensara sebab cuma 2 bulan je
apa yang diajar kena fokus supya snng nak faham
tapi akibat main-main
entah apa yang jawab kat paper pun merepak..

jadual exam
selasa        kesihatan dan keselamatan pekerjaan
rabu          statik dan dinamik
khamis      bahan kejuruteraan awam

wish me gud luck for exam..

20 May, 2013

hilang semangat

tika tak tahu la sekarang ini tika dah tak ada semangat nak belajar
hari dah genap 20 hari nenek tika meninggal dunia..
tapi tika rasa macam baru semalamje..
mood nak belaja sekarang memang tak ada..
ni pun baca slide osha nak tak nak je..

mak. akak tak tahu la kali ni akak dapat buat yang terbaik atau tak
akak hilang semangat mak..
akak sekarang cuma bergantung kepada mak je..
tapi akak tak mampu buat masa sekarang..
akak cuma mampu berdoa je..
akak takut kecewakan mak.
tapi akak tak nak buat mak kecewa.
akak dah janji pada diri akak...

tak mampu nak berkata-kata lagi sekrg..

nurul khalisa





NURUL KHALISA
ini merupakan anak buah sulung tika.
mata dia sangat bulat.
mata dia tak ikut mama dan baba dia pun..

sekarang khalisa dah masuk 6 bulan.
tika rasa baru sekejap je di lahir hehe...
mana tak ye jumpa sekali sekala je..

khalisa lahir pada 23.11.2012
mula tika tak tahu pun akak tika di masukkan hospital.
tak ada sapa pun nak bagi thu.
mula sangat sedih tapi ada alasan tersendiri sebenarnya..

10 May, 2013

1 mei 2013

1mei 203 adalah hari sangat penting..
sebab nenek meninggal dunia..
mlm sebelum itu..
keadaan nenel biasa je..
mcm biasa je keadaan nenek..

pagi itu nenek tiba-tiba kejut tika..
tika pun bangun apabila tengok keadaan nenek sangat terkejut.
lepas 2 kejut mak.
mak tanya kenapa..
tika ckap nenek sakit perut ye..

telefon mak ngah suruh datang tapi masa itu keadaan nenek dah sanagt sedih..
nenek dah mula sesak nafas.
mak pun cak jom pergi hospital.
nenek pun menggangguk.
mak kejut abang wan suruh hantar pergi hospital..

dalaam pukul 2.4 tika , mak gan abang wan yang pergi hantar nenek.
semasa dalam kereta keadaan nenek sangat teruk..
sesak nafasnya semkin laju..
dalam perjalanan nafas nenek dah tak ada..
tika dah thu nenek dah tak ada.
tapi mak suruh je abang wan  hantar  pergi hospital.

sampi je hospital doktor cuma cakap keadaan nenek dah kritikal.
masa 2 kita org dah reda je..
lama jugak nenek dekat dalam wad kecemasaan.
dalam pukul  lima  lebih nenek baru dipindahkan ke dalam wad lima.

tika bergilir-gilir jaga nenek..
masa itu tika memang tak cukup tidur.
tapi tika tak kesah..

tika balik rumah dalam pukul 2lebih lepas itu dtg balik hospital dalam pukul 3 lebih dekat-dekat pukul 4..
masa 2 sedara dah ramai yang datang..
semasa nenek disahkan dah meninggal dunia.
hanya tuhan saja je yang thu perasaan ini.,
rasa mahu pitam je tapi tetap bertahan.
malam itu jugak nenek di kebumikan.
tika cakap gan sedara tak yah sesak nenek lagi..
dia dah bertahan untuk semua anak-anak nya datang jumpa dia.
sedekahkan al-fatiha untuk nenek tika yang bernama  SARIAM BINTI HAJI ABDUL RAZAK.
semoga roh ya bersama-sama dengan orang yang beriman

15 April, 2013

kelas

pagi ini nak kongsi sikit pasal short sem yang sedang berlaku untuk tahun 1.
sem ini tika rasa x seronok sangat sebab kena campur dua section.
ada dekat 120 jugak student.
kalo dia orang senyap tak pea la jugak tapi ada yang buat bising.
naik geram jugak apabila dengar.
tapi sabar je la.

hari ini ada kelas bahan kejuruteraan dan keselamatan
dari pukul 8 sampai 11 bahan kejuruteraan lepas  itu pukul 2 sampai pukul 5.
hari isnin dan rabu tika balik dalam pukul  dan 5.
kalo selasa dan khmis pukul 12.
petang dah tak ada kelas.
dua hari sekali kena jumpa lecture yang sama.


minggu ini ada test statik dan dinamik.
hari jumaat..
pukul 9 sampai 10 kot tak silap la..
hehe..
dah lupa pukal.


emm sampai disini je dulu..
nak bersiap pergi kelas..

14 April, 2013

masalah kewangan

entire kali ini tika nak cerita pasal masalah kewangan yang tika hadapi..
masalah ini jugak dihadapi olehi family tika jugak..
disebabkan itu tika tak tahu nak buat apa.nak kerja tapi mampukah tika lakukan??
pertanyaan ini selalu bermain didalam fikiran tika..
mak dah lama tak berkerja. kat kilang tak ada..
sebenarnya mak tika kerja kat kilng ubi kat sebelah kampung.
tapi dah lama tak ada ubi mak kerja kemas rumah orang.
tika sangat sedih sebenarnya..
tika tak mak sakit itu je..
tika tahu nak mengadu kat sapa..
tika hanya mampu meluahkan perasaan tika kat blog ini je..

selain itu mak ada jugak buat kuih untuk akak jual kat kilang.
tapi bagaimana pun ianya masih tak mampu nak mengawal masalah kewangan yang tika hadapi sekarang.
tika dah buntu sekarang.
\perasaan nak sambung belajar untuk akan datang terbantut..
feel nak belajar tak ada..
tika BUNTU..
masalah ini selalu menganggu fikiran..

09 April, 2013

result

hari ini tika dah dapat keputusan sem dua..
alhamdulillah tika sangat puas hati dengan keputusan yang tika dapat..
sem dua tika amek lapan subjek..
alhamdulillah semua ok yang paling penting tak ada c..

matematik kejuruteraan   A
rela(II)                            A+
literasi komputer             A+
mandrian                        A+
kimia                              B+
fizik                                B+
aqidak ketuhanan           B+
technical communication B+

puas hati tika lihat keputusan tika..
tak sia-sia tika stay up sampai pagi stdy kat librry.
semua yang tika buat masa stdy week mendatangkan hasil yang memuaskan.
tika bagi tahu mak tika.
mak cakap lebihkan lagi usaha untuk mendapatkan lebih baik untuk sem yang mendatang..
yang paling tak sangka mandrian boleh dapat A+.tika sangka cuma B.sebab rasa masa kelas buat main-main je present dengan oral..
tika sangat bersyukur dengan keptusan yang tika dapat ini..

sem baru

lama rasanya tak buka blog..sejak naik sem baru ini tak sempat tak ada banyak perkara yang perlu diselesaikan..
minggu pertama berlalu ada banyak ragam.. hari first kelas dah jumpa banyak ragam. yang paling penting ada 3 lecture tapi semua ragam ye lain-lain.
penat nak melayan tapi terpaksa buat  sebab kalo tak buat  kena marah,,
sem ni tika amek 3 subjek.
subjek statik dan dinamik,keselamatn dan perkerjaan dan bahan kejuruteraan awam..
diantara kelas yang paling membosan kan adalah kelas keselamatan dan perkerjaan.
kelas OSHA 3 jam lepas 2 lecture asik membebel..
nasib baik final objektif boleh la hantam je..hehe..

20 March, 2013

putih putih melati



 Lirik Putih Putih Melati – ST12
Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
Ulang Chorus 3X

semoga dapat memberi pengajaran dalam hidup kita semua..
walaupun simple tapi amat memberi makna

19 March, 2013

mandi wajib


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

selamat hari jadi mak


Hari ini hari jadi mak yang ke-48 tahun..
Mak selmat hari jadi..
Semoga  mak panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Akak sayang mak sangat-sangat.muehhhh
Mak,,akak mintak maaf sebab keadaan akak tak mengizinkan akak untuk sambut
Hari jadi makpada tahun ini.
Dah dua tahun akak tak dapat nak sambut hari jadi mak.
Tahun lepas masa akak study week dan tahun ini masa akak final exam.
Tapi lepas je habis exam akak akan terus balik rumah.
Mak adalah orang penting dalam hidup akak.
Selepas kehilangan seorang ayah.
Akak hanya ada mak untuk akak terus kan hidup.
Akak akan ingat pesanan mak kat akak kerana akak tak nak kecewakan mak.
Terima kasih mak kerana jaga akak dari kecil sampai sekarang.
Terima kasih kerana memahami perangai akak yang sering berubah-ubah.
Terima kasih mak..
I love u mom..
(Wǒ ài nǐ)


18 March, 2013

final exam

assalammuaikum..

pada pagi ini tika nak cerita pasal final exam.
hari ini tika akan hadapi final exam untuk sem.
terasa begitu cepat masa berlalu.
macam terasa  baru sebulan masuk sem 2.
tapi sebenarnya dah 6 bulan.

sebenarnya pagi ini tika dah start exam.
pagi ini exam aqidah ketuhan dan sains.

jadual final exam sem 2

18.3.2013 - aqidah  ketuhanan dan sains
20.3.2013 - techinal communication 1
22.3.1013 - chemistry
25.3.2013 - bahasa mandrian
26.3.2013 - engineering mathematics
27.3.2013 - phyics 2

waktu nya 9.00 sampai 12.00 kecuali jumaat 8.30 samapi 11.30
dekat f2 atas..

kesempatan ini jugak tika ingin memintak maaf terhadap kawan-kawan tika
dari hujung rambut sampai hujung kaki..
ampun kan segala kesalahan yang pernah tika lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja..
tika doakan semua kita semua mendapat keputusan yang cermelang

06 March, 2013

kem kaizen

assalammuaikum..dah lama tak update blog..sejak naik sem 2 ini agak sibuk..
pada 16 februari 2013 tika ada camp kat kem kaizen.
masa itu hari sabtu sepatutnya kita orang masih lagi cuti raya cina tapi terpaksa korban cuti untuk camp.
camp ini untuk kokurikulum untuk rela.
untuk sem 2 ini tika ambil rela 2.
kem kaizen memang sangat best.
rasa nak pergi lagi je..

masa kat kiem kaizen kita orang datang lambat sebab pertama pemandu bas kemalangan dan yang kedua tersesat masuk kem seni negara.

masuk je kem kaizen kita orang bersarapan lepas bersarapan kita orang ada ujian bertulis..
lepas habis ujian bertulis kita orang ada sedikit taklimat untuk 'jungle traking'.
masa itu muka semua orang excited tapi lepas dengar ada lintah semua orang tak nak pergi.tapi kena jugak masuk hutan..
dalam perjalanan untuk sampai kat gunung pulai lebih kurang satu jam 45 minit..
kita sampai kat atas gunung pulai dalam  pukul 1.
lepas beberapa mintak berehat kita orang turun untuk melakukan aktiviti lain..

selepas sahaja bersihkan diri dan solat zuhur kita orang makan tengah hari.
seterusnya kita orang ada aktiviti tempuh halangan .
halangan ye cukup mencabar jugak la..
ada dalam 26 halangan tapi tak semua halangan kami tempuh kerana halangnya ada yang tak bersesuaian dengan kita orang...lepas habis aktiviti menempuh halangan kita orang mandi.



 
.ini gambar kita orang selepas jungle traking..kita orang kena mandi luluh semasa mendaki gunung..






05 February, 2013

kawan

bagi tika erti kawan dalam hidup adalah yang mendukung kita kearah kebaikan dan mengetahui apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka.. pengorbana antara kawan perlu ada dalam setiap keadaan tak kira senang atau susah..

mungkin ada yang beranggap bahawa bahawa boyfriend lebih penting dari kawan.kita tidak pasti sama ada kita akan berkahwin dengan boyfriend kita atau tidak.bagi tika,tika lebih pentingkan kawan, sebabnya tika lebih banyak meluahkan masa dan persaan tika dekat kawan tika..untuk engetahuan korang tika tak ada pakwa.mungkin belom sampai masa lagi untuk bercinta.

bagi tika nak beljar dulu sebab tika nak mengubah keluarga tika.tika ini bukan la orang kaya pun.. semua kemudahan yang ada kat tika tika gunakan dengan baik..

berbalik pada tajuk tika..tika punya kawan yang dari kecik sampai sekrang.dia duduk satu kampung dengan tika nama dia farlena idayu tika panggil dia ayu..tapi kawan-kawan dia panggil far.hanya tika seorang saja panggil dia ayu.tika dah berkawan dengan dia sejak tahun satu lagi..kami satu sekolah sampai tahun 6.naik tingkatan satu dia masuk mrsm.tika belajar kat sekolah biasa sahaja.tika masih  lagi contact dengan dia sampai tika masuk u.,.

kawan-kawan kat u akili nadhirah diana syakila afiqah zalifah che wan husna dan razaanah yang paling rapat dekat u.kirta orang satu section.tika nak ucapkan terima kasih dekat korang kerana sudi berkawan dengan tika.tika gembira dengan korang..tika harap persahabatan kita tiada perpisah disebabkan perkara-perkara yang remeh .persahabatan yang terjalin selama ini tika harap dapat berpanjangan bukan hanya di u sahaja.

03 February, 2013

sakit hati


23 hari bulan tika  balik rumah.balik rumah sebab baru je balik dari latihan menembak.
kat rumah tika rasa dapat tenangkan fikiran tapi semakin sakit hati adalah.
tika sekarang semakin malas dan tak bersemangat nak balik rumah.
dulu setiap hujung minggu mesti nak baliik rumah tapi sekarana g semakin malas.
dah lama tika tak keluarkan air mata tapi masa nak balik u tika telah mengalirkan air mata..
tapi setiap kali teringat peristiwa tersebut tika sangat sakit hati..
tapi tika cuba untuk melupakan ye

urus setia

dah lama tika x update blog..bukan ye apa tak sempat..
lagi satu sebab ye jugak notebook buat hal.itu yang malas nsk update..
 hari ini tika jadi urus setia kat batu pahat dekat dataran..
penat rasa ye tak la..sebab tak ikut akitivi gotong royong..
tika cuma bungkus makanan je..hehe
tapi paling best masa semua orng nak berkumpul tika dengan kawan-kawan pewrgi tasek y..
entah la kali ini tika tak tahu kenpa tika dah malas nak ikut mana-mana program..
sejak sem 2 ini malas sangat..
sem 2 ini tika banyak assgmnt sampai masa yang ada untuk buat assgmnt..

emm itu je kot nak tika cerita..
senyum2 selalu
 

norhatikaismail Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang