17 September, 2013

BELAJAR !!! BELAJAR !!! BELAJAR !!!

Akan bermula lagi sekali detik untuk belajar kerana sudah 3 bulan cuti harap-harap otak tak beku la untuk menghafal apa-apa selepas ini. Hari isnin akan bermula detik proses pembelajaran dan akan bermula sem baru dan tahun baru.

Ika akan menjadi pelajar tahun dua. Dalam diam tak diam sudah  setahun ika belajar. Tinggal setahun setengah je lagi nak habis. Harap-harap ika tak terkencundang di tengah jalan la.


Tapi tak pea la ika akan buat yang terhabis baik untuk masa akan datang.
Sebelum ini ada je halangan ye tapi akan datang tak tahu lagi la kan.
Tapi short sem amat sedih buat ika kerana kehilangan seorang nenek tersayang dan pada masa itu dah nak final exam. Memang perit masa itu.

Tapi ika cuba untuk hilangkan serabut tapi tak boleh. Ika akan menangis. Masa nak finak exam air mata tak henti turun tak kala teringat peristiwa itu. Makna tak ye nenek ika kejutkan ika bangun tidur masa itu, dia pegang dada ika suruh dia baring kat tempat ika tidur dalam pukul 2 pagi. Masa itu ika tidur kat luar bilik. Lpas itu, ika panggil mak. Ika ingatkan nenek masa itu macam selalu la tapi tak sangka. Mak kejutkan abg wan untuk hantar nenek.masa itu ika yang ikut pergi hospital gan mak. Ika kat belakang dengan nenek. Dalam perjalanan nak ke hospital nenek dah taka da tapi mak tekad nak jugak bawa ke hospital. Masa itu hanya tuhan je yang tahu betapa pedih dan sakit ye.. tapi sampa kat hospital doktar cakap nenek Cuma pengsan tapi ika tahu. Ika tahu serba sikit untuk periksa la. Memang dah taka da nafas lagi. Tapi doctor buat sehabis baik untuk selamatkan nenek. Nenek kena kejutan elektrik dekat dua kali. Dalam pukul 3 lebih doctor cakap nenek dah setabil. Tapi ika jaga bergilir-gilir dengan mak dan mak ngah. Sampai ke petang keadaan ye masih lagi sama dalam pukul 12 lebih ika baru balik. Balik Cuma nak bersihkan badan. Tapi ika balik sekejap je lepas je sembahyang ika gan adik-adik yang lain datang lagi ke hospital. Sampai je ika tengok keadaan ye masih lagi sama. Ika dengan akak ika baca surah yassin tapi untuk kali kedua baru separuh nenek terus tiada lagi. Masa itu hanya tuhan yang tahu betapa luntuh ye hati ini..

Ika akan jadikan apa-apa masalah dan rintangan sebagai semangat supaya tak mudah putus asa.

0 comments:

 

norhatikaismail Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang