alhamdulillah selesai sudah 10 minggu latihan industri kat syarikar sl nur constrution and enterprise.
banyak pengalaman yang ika timba sepanjang pratikal kat situ. hampir setiap hari ada sahaja kerja yang ika buat.
pengalaman yang paling ika masih ingat sampai sekarang kita orang mengeluh pasal tender dekat kita orang punya penyelia projek abang am. abang am merupakan penyelia yang sangat baik dan banyak menolong ika sepanjang pratikal. abang am mengajar kita orang secara terperinci. abang am juga ada bawak kita orang jalan selepas pergi site. sebab macam tahu-tahu kita oranf stress dengan kerja dekat pejabat. tapi itu semua banyak memberi cabaran pada kita orang.
di syarikat sl nur la ika belajar cara mengisi tender dan juga perniagaan lain yang dijalan oleh syarikat.
ika pernah ikut pasang meja dan kerusi. rupa-rupanya bukan senang taw nak buat itu semua. nak puaskan hati pelanggan. banyak sangat pekara yang ika beljar. ika akan memanfatkan segala pengalaman yang ika dapat sepanjang di syarikat.
ada perkara yang membuatkan ika ingat kat bos ika kat pejabat. hehe ... bos memang nampak garang tapi bos sangat baik hati. bos menjaga kebajikan pekerja. masa bulan puasa bos ada wat bubuk lambuk untuk diedarkan kat orang-orang yang lalu lalang kat dekat depan pejabat. semangat kerjasama anatara staf syarikat membuat semua kerja dilakukan dengan sempurna.
masa hari raya syarikat ada buat marhaban.. ika cuma join dua hari terakhir je sebab sibuk nak siap kan report latihan industri. masa tu macam nak menangis je sebab tinggal beberapa hari je nak kena hantar. masa tu baru buat sikit. hampir setiap malam tidur pukul 2. tapi menghasilkan report yang ika puas hati..
paking tender sampai pukul 10.30 malam mata dah sembab masa tu tak cukup tidur sebab malam ye tidur lambat. tapi nasib baik bos baik hati sebab esok ye masuk kerja pukul 10 pagi..
first site yang kita orang pergi kat masjid tanjung labuh.
site kat jalan hassan, kampung melayu bt 4, paloh
selfie time dekat taman botani sri medan.. hehe
kat site masjid masa tu mata bru je nak baik sakit mata.
mengisi tender dengan hati-hati sebab malas nak buka dan liquid kertas ye. dan lepas tu kena fotostat semula.
belajar cara untuk membekokkan besi dan mengikat besi. memang susah jgk nak buat. tapi nasib baik pekerja kat situ faham dan nak melayan kerenah kami.
sefie time tak ada kerja.. hehe
snap je gambar. tapi reti la jugak nak baca pelan. hehe
0 comments:
Post a Comment